Kalendar Cuti Umum Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2019. Berikut dikongsikan senarai Cuti Umum Selangor 2019 yang memaparkan Kalendar Hari Kelepasan Am Negeri dan Persekutuan sebagai rujukan dalam merancang aktiviti seharian pada tahun 2019.
Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang maju dan terletak di kawasan Lembah Kelang berjiranan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ibu negeri Selangor terletak di Shah Alam yang terkenal dengan pusat pengajian tinggi awam Bumiputera iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Untuk makluman, cuti hujung minggu (weekend) Negeri Selangor termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad.
Cuti Umum Selangor 2019 (Tarikh & Hari)
Berikut adalah jadual cuti umum Selangor 2019 (Public Holidays) yang memaparkan maklumat senarai Hari Kelepasan Am Negeri Selangor meliputi tarikh, hari dan jenis cuti atau perayaan.
Kalendar ini boleh dijadikan panduan berguna buat mereka yang ingin merancang aktiviti percutian, membuat majlis kahwin dan sebagainya.
KALENDAR CUTI UMUM NEGERI SELANGOR TAHUN 2019
|
|||
TARIKH | HARI | CUTI/ PERAYAAN | |
JANUARI | |||
1 JAN | SELASA | TAHUN BARU 2019 (NEW YEAR) | |
21 JAN | ISNIN | HARI THAIPUSAM | |
FEBRUARI | |||
5 FEB | SELASA | TAHUN BARU CINA (CNY) | |
6 FEB | RABU | TAHUN BARU CINA (HARI KEDUA) | |
MAC | |||
– | – | – | |
APRIL | |||
– | – | – | |
MEI | |||
1 MEI | RABU | HARI PEKERJA/ BURUH (LABOUR DAY) | |
19 MEI | AHAD | HARI WESAK | |
20 MEI | ISNIN | CUTI GANTI HARI WESAK | |
22 MEI | RABU | HARI NUZUL AL-QURAN | |
JUN | |||
5 JUN | RABU | HARI RAYA PUASA (AIDILFITRI) | |
6 JUN | KHAMIS | HARI RAYA PUASA (HARI KEDUA) |
Senarai cuti umum Negeri Selangor untuk bulan Julai hingga Disember 2019 :-
TARIKH | HARI | CUTI/ PERAYAAN |
JULAI | ||
– | – | – |
OGOS | ||
11 OGOS | AHAD | HARI RAYA AIDILADHA (HAJI) |
12 OGOS | ISNIN | CUTI GANTI HARI RAYA AIDILADHA (HAJI) |
31 OGOS | SABTU | HARI KEBANGSAAN (KEMERDEKAAN) |
SEPTEMBER | ||
1 SEP | AHAD | AWAL MUHARRAM (MAAL HIJRAH) |
2 SEP | ISNIN | CUTI GANTI AWAL MUHARRAM |
9 SEP | ISNIN | HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA |
16 SEP | ISNIN | HARI MALAYSIA |
OKTOBER | ||
27 OCT | AHAD | HARI DEEPAVALI |
28 OCT | ISNIN | CUTI GANTI DEEPAVALI |
NOVEMBER | ||
9 NOV | SABTU | MAULIDUR RASUL (MAULUD NABI) |
DISEMBER | ||
11 DEC | RABU | HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR |
25 DEC | RABU | HARI KRISMAS |
NOTA | ||
1. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan | ||
2, Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka Sabtu itu adalah hari kelepasan am dan ianya tidak akan diganti dengan hari-hari yang lain. | ||
3, Hari kelepasan Am Negeri Selangor adalah Tahun Baru, Hari Thaipusam, Hari Nuzul Al-Quran dan Hari Keputeraan Sultan Selangor. Selebihnya adalah Hari Kelepasan Am Persekutuan |
Leave a Reply